Wozniacki tarik diri daripada Terbuka Qatar - Utusan Malaysia

Wozniacki tarik diri daripada Terbuka Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA 13 Feb. – Pemain tenis nombor 10 dunia, Caroline Wozniacki menjadi bintang terbaharu yang terpaksa menarik diri daripada Terbuka Qatar selepas mengalami kecederaan.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur kejohanan, pemain Denmark itu mengalami sakit.

“Saya sakit. Itu sahaja. Saya tidak berasa sihat. Saya demam. Saya perlu balik dan berehat,” katanya yang berharap agar sembuh untuk beraksi dalam Kejohanan Dubai, minggu depan.

Wozniacki menyertai pemain nombor 14 dunia, Ashleigh Barty dan Caroline Garcia dari Perancis yang turut mengumumkan penarikan diri mereka.

Barty berkata dia mengalami kecederaan di bahagian pinggul malah turut mengumumkan dia tidak beraksi di Dubai manakala Garcia tidak menyatakan punca penarikan dirinya.

“Malangnya saya terpaksa menarik diri daripada menyertai kejohanan di Doha dan Dubai selepas mengalami kecederaan ringan di pinggul. Selepas mendapatkan nasihat doktor, saya mahu berehat beberapa minggu,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN