DOHA 13 Feb. – Pemain tenis nombor 10 dunia, Caroline Wozniacki menjadi bintang terbaharu yang terpaksa menarik diri daripada Terbuka Qatar selepas mengalami kecederaan. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur kejohanan, pemain Denmark itu mengalami sakit. “Saya sakit. Itu sahaja. Saya tidak berasa sihat. Saya demam. Saya perlu balik dan berehat,” katanya yang berharap agar sembuh untuk beraksi dalam Kejohanan Dubai, minggu depan. Wozniacki menyertai pemain nombor 14 dunia, Ashleigh…