KUALA LUMPUR 27 Feb. – Waktu Bekerja Fleksi (WBF) yang bakal dilaksanakan 1 Mac ini mampu mengubah budaya kerja penjawat awam yang sebelum ini sinonim dengan persepsi negatif seperti malas, tidak efisen dan kuat ‘mengular’
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, inisiatif itu secara tidak langsung dapat melatih penjawat awam untuk patuh pada arahan waktu kerja dan waktu minum masing-masing.
“Penjawat awam tiada masalah untuk ikut arahan baharu itu dan kami harap WBF ini dapat membantu mereka untuk bekerja dengan lebih amanah dan mengikut peraturan.
“CUEPACS juga tiada masalah jika tindakan tatatertib memotong gaji dan bonus penjawat awam yang tidak menjaga disiplin seperti lewat masuk ke pejabat kerana ia dapat memberi kesedaran terhadap mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLIN











