Warkah untuk Anthony Loke - Utusan Malaysia

Warkah untuk Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 10 Feb. – Pertubuhan Anak kelahiran Pahang (PAKP) mengemukakan ‘warkah’ buat Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Timbalan Presiden PAKP, Haslihelmy DM Zulhasli berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu ingin bertanyakan kepada kepada Siew Foke apakah AES kini tidak lagi akan menekan dan membebankan rakyat?

“Ini kerana, Menteri Pengangkutan itu telah menyatakan bahawa kamera AES di semua lebuh raya akan ditambah untuk memastikan pemandu yang melebihi had laju dikenakan tindakan undang-undang.

“Adakah AES kini akan berlaku adil, tidak akan memeras wang rakyat dan tidak akan menzalimi rakyat yang semakin hari dihimpit oleh kenaikan barangan serta kos sara hidup?,” soalnya di sini hari ini.

Haslihelmy berkata, Anthony baru-baru ini mengumumkan kerajaan akan menambah sebanyak 11 lagi kamera AES yang kini dikenali sebagai Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dengan setiap kamera dianggarkan berharga RM200,000.

“Apakah dengan penambahan itu tidak akan menzalimi rakyat? Saya menyokong inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya, ia wajar dilaksanakan dengan beberapa mekanisme baharu.

“Saya mencadangkan agar kelajuan di lebuh raya wajar dikaji dan diperbaharui mengikut keadaan dan perkembangan semasa,” katanya.

Menurutnya, PAKP memohon kerajaan menghentikan pelaksanaan kamera AES seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Kita seharusnya lebih peka kepada suara rakyat yang tidak selesa dengan ‘pusingan U’ oleh kerajaan PH. Setiap ‘pusingan U’ yang dilakukan, akan merangsangkan tindak balas negatif daripada rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN