Warisan harap Bersatu tepati janji tidak ke Sabah - Utusan Malaysia

Warisan harap Bersatu tepati janji tidak ke Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA – Parti Warisan Sabah (Warisan) mengulangi harapan agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dapat mengotakan katanya untuk tidak melebarkan sayap ke Sabah atas dasar “perjanjian adik-beradik” yang dicapai pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lepas.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kedua-dua pihak sudah berpakat dan sebelum ini Bersatu menyatakan pendirian bahawa tiada keperluan untuk parti itu berada di Sabah berikutan kewujudan Warisan.

Menurutnya, harapan tersebut telah dibincangkan kepada pucuk pimpinan teratas di pusat agar kemasukan  Bersatu ke Sabah tidak berlaku.

“Kalau mengimbau sokongan kaum bumiputera Sabah terhadap Warisan dengan kerjasama Pakatan Harapan negeri adalah cukup besar.

Kerana (kerjasama itu) daripada pantai barat kita menang di parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) termasuk Papar, Putatan, Penampang, Karambunai dan Sepanggar manakala kita menang besar di pantai timur Sabah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra sempena Tahun Baru Cina di sini hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN