JOHOR BAHRU 18 Feb. – Sepasang suami isteri cedera parah selepas dinding konkrit penahan tebing jalan kawasan perumahan di Kampung Sungai Buloh di sini, tumbang petang semalam. Dalam kejadian pukul 5 petang itu, mangsa, Azizan Ibrahim dan isterinya, Rahimah Mohamad masing-masing berusia 73 tahun berada dalam rumah yang didiami mereka sejak 30 tahun lalu. Azizan patah bahu manakala isterinya menerima enam jahitan pada kaki dan kejadian tersebut disedari anak lelaki…










