Warga emas maut dirempuh lelaki positif dadah - Utusan Malaysia

Warga emas maut dirempuh lelaki positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 13 Feb. – Seorang warga emas meninggal dunia dalam perjalanan ke masjid selepas selepas dikatakan dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan di Kampung Tok Said, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam,  mangsa Ali Deraman, 66, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang menunggang motosikalnya  dalam perjalanan dari rumah ke masjid berdekatan sebelum dikatakan dirempuh secara tiba-tiba oleh sebuah kereta jenis Toyota Vios yang datang dari arah Semerak.

“Akibat kemalangan itu mangsa terjatuh dari motosikal dan mengalami cedera parah pada bahagian kepala dan pergelangan  lutut. 

“Pemandu kereta yang terlibat seorang tukang masak beralamat di Kota Bharu berusia, 34, tidak mengalami kecederaan,”katanya ketika dihubungi hari ini. 

Abdul Rozak berkata, lelaki itu didapati postif dadah selepas menjalani saringan ujian air kencing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh malam tadi. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 manakala kes penagihan dadah diserahkan kepada cawangan narkotik untuk tindakan lanjut.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospitak Tengku Anis Pasir Puteh (HTA) untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh anggota keluarganya pagi ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN