KATHMANDU 3 Feb. – Seorang wanita Nepal maut dipercayai menyedut asap ketika diusir ke pondok ketika datang haid, di sini baru-baru ini.
Menurut polis, kejadian tersebut berlaku selepas seminggu kes kematian ibu dan dua anaknya dalam situasi yang sama menimbulkan kemarahan ramai pihak.
“Parati Bogati, 21, ditemukan mati dalam pondok dipenuhi asap di daerah barat Doti pada Khamis lalu.
“Kita syak wanita itu mati disebabkan menyedut asap lalu lemas berikutan pintu yang tertutup tanpa tingkap dengan api yang dibakar di lantai bagi memanaskan diri,” katanya.
Kebanyakan komuniti di sini melihat haid wanita sebagai tidak suci dan di sebahagian kawasan pedalaman, mereka memaksa tidur di pondok yang jauh dari rumah mereka mengikut adat tradisional ratusan tahun dikenali sebagai ‘chhaupadi’. – AFP










