ALOR GAJAH – Gara-gara ingin menahan keretanya yang rosak daripada mengundur, seorang wanita maut selepas terperosok di bawah kenderaan itu di Solok Air Manggis, Kampung Rembia di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa Nurfizah Mohd. Taufek, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di pelbagai anggota badan. Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Asisten Superintendan, K. Mahadevan berkata, sebelum kejadian kereta jenis Kia Spectra yang dipandu mangsa telah rosak ketika berada di kawasan berbukit. “Kereta itu kemudian secara tiba-tiba telah mengundur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya