Wanita berpura hamil, sembunyi kucing dicuri - Utusan Malaysia

Wanita berpura hamil, sembunyi kucing dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI 19 Feb. – Seorang wanita menyembunyikan dua anak kucing Parsi yang dicuri di bawah bajunya dan berpura-pura hamil di lapangan terbang terbesar Taiwan.

Kejadian itu mendorang pihak berkuasa lapangan terbang Taoyuan menjalankan siasatan bagaimana wanita terbabit boleh melepasi kawalan keselamatan tanpa dikesan.

Tabloid Taiwan melaporkan pihak polis memperoleh rakaman dari lapangan terbang yang menunjukkan wanita itu membawa beg putih, meninggalkan tandas awam dan kelihitan lebih berisi sebelum melalui pemeriksaan keselamatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pembiakan kucing, Chang Chin-yi memberitahu, dua ekor anak kucing yang dinamakan Anngi dan Da Lili itu telah dicuri pada 5 Februari.

“Ketika kucing tersebut hilang, saya mengesyaki seorang wanita Hong Kong yang sebelum ini berminat untuk membeli Anggi. Saya bagaimanapun mengubah fikiran kerana bimbang wanita tersebut telah mempunyai banyak kucing.

“(Dia) menjadi gila, menangis dan menjerit kepada saya melalui telefon apabila mengetahui tentangnya,” ujarnya.

Rakaman kamera litar tertutup di luar pangsapuri wanita tersebut, kelihatan pencuri tersebut mengepit kedua ekor kucing tersebut pada setiap lengannya sebelum memasukkannya ke dalam beg putih. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×