[VIDEO]Syed Saddiq terpaksa diiringi polis - Utusan Malaysia

[VIDEO]Syed Saddiq terpaksa diiringi polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 16 Feb.- Keadaan kecoh berlaku di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pagi tadi apabila Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terpaksa dikawal ketat dan diiringi polis untuk keluar dari pusat tersebut.

Kejadian berlaku apabila Syed Saddiq yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan melewati kumpulan penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) yang berkumpul berhampiran Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian yang menjadi pusat penamaan calon pilihan raya kecil tersebut.

Ketika itu berlakunya beberapa sorakan provokasi dan bagi mengelakkan berlakunya kejadian buruk berlaku, Syed Saddiq terpaksa diiringi ketat oleh pihak polis untuk menuju ke kenderaan yang dinaiki beliau.

Unit Amal Pas turut dilihat membantu mengawal keadaan kecoh tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN