PELABUHAN KLANG 4 Feb. – Cubaan sekumpulan lelaki warga China menjalankan kegiatan mencuri pasir berjaya digagalkan apabila kesemua mereka ditahan di atas bot di Perairan Tanjung Rhu, Telok Panglima Garang di sini Sabtu lalu. Video oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 petang itu, enam individu termasuk kapten kapal berusia 25 hingga 54 tahun berjaya ditahan ketika leka menjalankan kegiatan menyedut pasir daripada dasar laut. Turut ditahan seorang lagi lelaki warga Myanmar berusia 24 tahun yang diupah oleh kapten kapal untuk kerja penyelenggaraan. Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya