KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu seorang suspek yang terlibat dalam kes curi telefon bimbit dan wang tunai jemaah di dalam sebuah masjid di Setapak di sini pagi semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan Muhammad Najib Hamzah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 pagi itu, mangsa, seorang wanita berusia 65 tahun sedang menunaikan solat Subuh di masjid itu ketika suspek mencuri beg tangannya. “Suspek disyaki seorang lelaki…










