HIBRID? Ya, memang istimewa skuter yang saya tunggang uji kali ini iaitu Honda PCX Hybrid. Ini kerana kebanyakan kenderaan dengan sistem hibrid merupakan kereta tapi kali ini jentera dua roda pula. Lebih istimewa lagi, model ini adalah motosikal pertama di Malaysia yang digerakkan dengan enjin kuasa petrol dibantu motor elektrik untuk daya pecutan tambahan. Ia dilengkapi enjin empat lejang berkapasiti 150 cc dengan motor elektrik yang dijana oleh bateri ion…










