TANAH MERAH 7 Feb. – Jenazah tiga beradik yang maut dalam nahas di Jalan Tanah Merah – Pasir Mas berhampiran Kampung Bukit Tuku, di sini selamat dikebumikan tengah hari ini. Fatin Arina Mohd Asri, 23; Haifa Amira, 22, dan Anis Suraya, 10 dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Mukim Bukit Gading, kira-kira pukul 12 tengah hari. Kira-kira 200 saudara-mara dan penduduk setempat yang hadir turut sebak melihat…










