Semua institusi TVET bawah Mara kini dikenali TVETMara

Semua institusi TVET bawah Mara kini dikenali TVETMara

AHMAD Zahid Hamidi (empat dari kiri) pada Peluncuran TVETMara di IKM Seberang Perai Utara, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam. – UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Semua institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dijenamakan semula sebagai TVETMara.

Institusi itu termasuk sebuah Institut Perindustrian Mara-Jepun (MJII) serta masing-ma­sing 14 buah Institut Kemahiran Mara (IKM) dan 10 buah Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, institusi se­perti GiatMara bagaimanapun dikekalkan buat masa ini dan masih menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bermula daripada Tahap 1.

“Bagi mereka yang mahu memasuki TVETMara, kemasukan boleh dibuat melalui GiatMara, boleh datang daripada SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) atau kolej-kolej vokasional di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

“Dalam hal ini, kita amat terbuka kerana ini (kemasukan ke TVETMara) bukan satu jalan pintas, tetapi jalan yang menggunakan ekosistem pendidikan teknikal yang baharu.

“Ini akan memberikan peluang kepada kebolehpasaran pekerjaan yang luas kerana semua institusi ini menjalin kerjasama dengan pemain-pemain industri. Itu juga menjadi sebab kebolehpasaran mereka (secara purata) kini berada di tahap 98.7 peratus,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditemui pemberita selepas Maj­lis Peluncuran Penjenamaan TVETMara di IKM Seberang Perai Utara kepada TVETMara Seberang Perai Utara di sini semalam.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN