KUANTAN 3 Feb. – Kebiadaban dan penghinaan terhadap institusi raja-raja yang menjadi payung kepada agama Islam membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini. Ekoran komen yang dilihat menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah oleh pemilik akaun Facebook menggunakan nama Michael Chiah telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen yang dizahirkan dalam komen di laman sosial. Malah bagai tidak dapat lagi membendung…