[VIDEO] Haram cipta kejutan, juarai AJL 33 - Utusan Malaysia

[VIDEO] Haram cipta kejutan, juarai AJL 33

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Gandingan Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah menerusi lagu Haram meletakkan kedua-dua mereka sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 33 di Arena Axiata di sini hari ini.

Mempertaruhkan lagu bertajuk Haram sepenuhnya ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, kejayaan itu melayakkan mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Hael dan Ezra kali kedua memenangi anugerah berprestij itu selepas merangkul gelaran yang sama pada AJL 32 menerusi lagu Jampi.

Dayang juga merupakan penyandang juara AJL 31 menerusi lagu Lelaki Teragung.

Sementara itu, kebangkitan kedua Ara menerusi lagu Bunga membuahkan hasil apabila berada di tempat kedua. 

Lagu ciptaan Hang Nadim, Laq dan Kadok itu melayakkan mereka membawa pulang trofi berserta wang tunai berjumlah RM35,000.

Manakala tempat ketiga menjadi milik Misha Omar menerusi lagu Sampai Bila sentuhan Sharon Paul, Fedtri Yahya dan Shah Shamsiri melayakkan mereka membawa pulang RM15,000 berserta trofi.

Seperti dijangka persembahan Vokal Terbaik menjadi milik Misha sekali gus membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Hasil undian awam trofi Persembahan Terbaik milik Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu. Dia membawa pulang hadiah tajaan Samsung berupa wang tunai RM12,000, trofi dan telefon pintar kamera kuad Samsung Galaxy A9.

AJL 33 menyaksikan 12 lagu yang berentap merebut gelaran juara dikendalikan pengacara Alif Satar dan Sherry Al Hadad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN