KUALA TERENGGANU 8 Feb. – Riak wajahnya muram beberapa kali, Muhammad Syukur Khamis, 14, dilihat tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata saat perpisahan dengan ‘sahabat karibnya’, Tongkol di kediamannya di Kampung Banggol Katong, bersebelahan Kampung Kubang Bujuk di sini lewat petang semalam. Walaupun sukar untuk pelajar tingkatan dua ini merelakan pemergian kerbau yang dijaga sejak dari kecil itu namun, dia akur untuk melepaskan Tongkol untuk dikorbankan sempena majlis…










