VATICAN CITY 27 Feb. – Vatican akan membuka siasatan dalaman terhadap Kardinal George Pell berikutan penyabitan kesalahan serangan seksual terhadap dua budak koir baru-baru ini. Menurut jurucakap Vatican, Alessandro Gisotti, Jemaah bagi Doktrin Kepercayaan akan mengendalikan kes mengikut prosedur dan mengikut masa tempoh masa ditetapkan. Siasatan itu membolehkan perbicaraan kanonik dan Pell boleh dipecat sebagai paderi. – AFP










