KUNJUNGAN HORMAT. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka menerima kunjung hormat dan lawatan rasmi Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali bersama delegasinya untuk bertemu pengurusan tertinggi UTeM baru-baru ini. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM, Profesor Dr. Zulkifilie Ibrahim berkata, kunjungan itu adalah bagi meneguhkan lagi hubungan strategik antara kedua-dua pihak dengan pelaksanaan beberapa strategi berimpak untuk manfaat kedua-dua pihak. “Pihak Duta Palestin turut melahirkan hasrat membantu UTeM…










