KABUL 28 Feb. – Usaha mengembalikan keamanan di negara ini dilihat mustahil jika kerajaan berterusan melancarkan serangan udara yang mengakibatkan banyak nyawa terkorban. Perkara itu ditegaskan oleh Syed Mohammad Akbar Agha, pemimpin Rah-e-Nejat yang juga bekas pemimpin Taliban. Menurutnya, kerajaan pimpinan Presiden Ashraf Ghani dilihat mensabotaj rundingan damai yang diusahakan di Qatar antara wakil Takiban dan Amerika Syarikat (AS). “Kerajaan tidak mahu keamanan. Mereka masih menyasarkan kawasan orang awam tetapi mendakwa itu kubu kuat Taliban,” katanya kepada al-Jazeera sambil menambah serangan udara dilancarkan hampir setiap hari. Syed Mohammad berkata, semua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya