Urusan pembelian,penjualan dan usahasama hartanah Perda ikut SOP - Utusan Malaysia

Urusan pembelian,penjualan dan usahasama hartanah Perda ikut SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR 16 Feb. – Segala urusan pembelian, penjualan dan usahasama hartanah serta aset Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang dilakukan oleh pengurusan terdahulu telah mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Sehubungan itu, bekas Pengerusi Perda, Datuk Shabudin Yahaya berkata, beliau bersedia untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu di mahkamah.

“Tidak ada masalah (berikan penjelasan di mahkamah), kita sedia sahkan urusan-urusan yang telah dibuat mengikut SOP yang ditetapkan pada masa itu.

“Tidak ada sebarang kebocoran daripada segi kos dan kita boleh memberikan justifikasi mengenai perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Parlimen Tasek Gelugor di sini hari ini.

Semalam, tujuh pihak membabitkan syarikat, ahli lembaga pengarah Perda

termasuk Shabudin berdepan dengan tindakan mahkamah kerana didakwa terlibat dalam pecah amanah dan salah laku penjualan, pembelian serta usahasama hartanah dipercayai sejak 2013.

Pengerusi Perda, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, perkara itu dibongkar menerusi siasatan yang dilakukan sejak 5 Januari lalu terhadap 15 fail projek-projek yang didakwa meragukan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN