UPSI raih Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan - Utusan Malaysia

UPSI raih Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CEMERLANG. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meneruskan kecemerlangannya pada tahun 2019 dengan menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) 2017 dengan memperolehi keputusan 98.7 peratus dengan penarafan lima bintang.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, pencapaian itu menunjukkan setiap warga universiti sentiasa komited untuk memastikan sistem tadbir urus keselamatan perlindungan pada tahap terbaik.

“Semoga UPSI terus menempa kejayaan dan mendapat pengiktirafan sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Terdahulu, Pengarah Pejabat Ketua Keselamatan Malaysia Negeri Perak, Norazmi Abdullah menyampaikan sijil inspektorat AKKP kepada Dr. Mohammad Shatar bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perpustakaan Tuanku Bainun di Ipoh, Perak baru-baru ini.

Menurut Dr. Mohammad Shatar lagi, UPSI telah diaudit dari segi skop keselamatan, fizikal, keselamatan dokumen serta keselamatan peribadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN