Uncle Kentang tawar 'Pasar 10 sen' buat penduduk Semenyih - Utusan Malaysia

Uncle Kentang tawar ‘Pasar 10 sen’ buat penduduk Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 19 Feb. – Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang berhasrat menyediakan ‘Pasar 10 sen’ sekiranya beliau dipilih sebagai wakil rakyat di sana.

Beliau malah berjanji akan memulakan pasar tersebut pada hujung minggu ini kerana sudah mendapat bekalan dan stok daripada pelbagai pihak.

“Baru-baru ini, saya dapat selori stok sayur sebanyak tiga hari seminggu dari Pasar Borong Selangor. Pada Ahad ini, sudah ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hendak menggerakkan Pasar 10 sen itu dan tujuan kita hanya untuk membantu penduduk susah di sini.

“Pasar itu juga bukan setakat semasa kempen PRK sahaja, tetapi akan berlanjutan sehingga penduduk yang mengalami kesusahan tidak perlu lagi mencari barangan murah untuk dibeli,” katanya dalam sidang akhbar di Beranang di sini hari ini.

Chee Heng yang baru muncul pada hari ketiga berkempen sempena PRK DUN Semenyih mencuri tumpuan pihak media dengan kelibatnya yang bersahaja dengan mengenakan baju t-shirt berwarna biru tertera gambar kentang.

Beliau akan menentang tiga calon lain iaitu Muhammad Aiman Zainali mewakili Pakatan Harapan, sementara Barisan Nasional dan Parti Sosialis Malaysia masing-masing mencalonkan Zakaria Hanafi dan Nik Aziz Afiq Abdul. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN