UiTM terima tajaan penerbangan Malindo Air - Utusan Malaysia

UiTM terima tajaan penerbangan Malindo Air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM FC) mendapat suntikan semangat apabila menerima tajaan semusim oleh syarikat penerbangan, Malindo Air hari ini. 

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Datuk Dr. Abdullah Said berkata, tajaan tersebut melibatkan kemudahan pengangkutan bagi pasukan tersebut untuk ke destinasi perlawanan sepanjang musim 2019.

“Kita amat berterima kasih kepada pihak Malindo air yang sudi menjadi rakan penerbangan bagi musim ini. 

“Tajaan yang kita terima hari ini (semalam) adalah dalam bentuk tajaan penerbangan dan nilai tajaan bergantung kepada harga semasa tambang penerbangan.

“Saya yakin dengan penajaan ini ia akan menyuntik semangat pemain untuk bekerja keras menghadapi perlawanan selepas ini, “katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan penajaan oleh Malindo Air dan  Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pasukan UiTM FC,  Skuad Piala Presiden dan Skuad Muda UiTM di Kompleks Sukan UiTM di sini.

Pada majlis tersebut hampir 100 orang pemain serta pegawai pasukan UiTM FC menandatangani IBR terbabit disaksikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim. 

Turut hadir, Pengurus Besar Produk Malindo Air, Hariss Abdullah. 

Mengulas lanjut Abdullah berkata,  selepas ini pihaknya akan terus komited untuk mengadakan ceramah kesedaran dan program keagamaan seperti bacaan Yasin untuk memantapkan integriti pemain.

“Kita yakin semua pemain dan pegawai UiTM FC sentiasa menghidari perbuatan rasuah yang bukan sahaja memberi kesan buruk kepada pasukan, malah kepada individu itu sendiri,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×