ANKARA 10 Feb.- Turki mengecam layanan buruk China kepada etnik Uighur dan menyifatkan kekejaman yang dilakukan sebagai tindakan paling memalukan terhadap kemanusiaan. Jurucakap kementerian luar Turki, Hami Aksoy dalam kenyataan berkata polisi asimilasi sistematik yang diterapkan kerajaan China terhadap etnik tersebut adalah tidak wajar dan memalukan. “Penindasan terhadap lebih satu juta etnik Uighur yang ditahan tanpa sebab, diseksa dan diracun fikiran di pusat tumpuan dan tahanan bukan lagi menjadi satu…










