SEJAK diisytiharkan pada 16 September 1963, Malaysia yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak terus dipulaukan oleh Indonesia dan Filipina. Menurut Mohd. Sohaimi Esa dalam artikel bertajuk ‘Sumbangan Tun Abdul Razak Dalam Membina Hubungan Malaysia-Indonesia’ yang disiarkan dalam ‘www.myjurnal.my’, serentak dengan itu juga Indonesia dan Filipina tidak memberi pengiktirafan hubungan diplomatik ke atas negara baru itu dan memutuskan hubungan dengan Persekutuan Tanah Melayu. “Kerajaan Filipina terus menentang penubuhan…










