Tun Mahathir lancar Dasar Komuniti Negara - Utusan Malaysia

Tun Mahathir lancar Dasar Komuniti Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini melancarkan Dasar Komuniti Negara sebagai satu pendekatan untuk membentuk komuniti yang lebih peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat dan mewujudkan kehidupan lebih sejahtera.

Dengan memberi penekanan kepada nilai, cara hidup serta aspek sosial yang diamalkan oleh komuniti bandar dalam menjalani kehidupan seharian, dasar pembangunan sosial itu bertujuan menerapkan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesejahteraan hidup masyarakat.

Menerusi perutusan buku kecil setebal 32 halaman itu Mahathir berkata, Dalam kestabilan politik dan ekonomi yang berkembang pesat, perjalanan Malaysia ke arah sebuah negara maju yang moden dan kukuh ekonominya memerlukan aspek sosial yang rapi dan utuh.

“Rakyat yang bekerjasama dan hidup bersatu-padu  tanpa mengira kaum mahupun latar belakang merupakan kunci utama kepada strategi sesebuah negara seperti Malaysia untuk terus mengorak langkah menjadi sebuah negara maju,” katanya.

Mahathir sebelum itu tiba di Padang Awam Taman Puchong Perdana di sini diiringi isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamed Ali.

Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan beberapa menteri kabinet. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN