Tukar pengerusi MPKK kami! - Utusan Malaysia

Tukar pengerusi MPKK kami!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 17 Feb. – Badan Bertindak Kampung Sungai Machang, Semenyih menggesa supaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) menukar Pengerusi Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) mereka dengan segera.

Ini kerana mereka tidak berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan wakil kampung itu dalam tempoh lapan bulan kebelakangan ini.

Azhar Abd. Rani
AZHAR

Pengerusinya, Azhar Abd. Rani, 41, mendakwa, pengerusi MPKK berkenaan tidak mesra rakyat dan selalu menganjurkan program yang tidak melibatkan penduduk sebaliknya mengutamakan kepentingan diri.

Malah tambahnya, pengerusi berkenaan merupakan orang luar dan bukan penduduk asal kampung berkenaan.

”Penduduk kampung tidak kenal pengerusi MPKK. Dia juga tidak mesra dengan kami.

“Banyak program yang dijalankannya diboikot penduduk. Kami berharap kerajaan PH dapat menukarnya dengan segera,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini hari ini.

Kampung Sungai Machang kini mempunyai kira-kira 900 penduduk dan pernah mendapat pengiktirafan kampung terbaik di daerah Hulu Langat.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Fadzli Mohd. Alwi 39, pula memberitahu, selepas Pengerusi MPKK baharu dilantik, kampungnya menjadi semakin tidak terurus.

Mohd. Fadzli Mohd. Alwi
MOHD. FADZLI

Katanya, penduduk kampung kini tidak lagi mahu menyertai program yang dianjurkan oleh pengerusi berkenaan.

Katanya, kini, Pengerusi MPKK berkenaan mempunyai tempoh percubaan perkhidmatan sehingga bulan hadapan.

“Kami sudah pun menghantar memorandum bantahan kepada Penghulu Mukim Semenyih, Pegawai Daerah Hulu Langat dan Menteri Besar. Kami mahu dia ditukar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×