IPOH – Seorang tukang masak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki warga emas di Jalan Theatre, Pekan Baru di sini pada awal bulan ini. Tertuduh, Liew Wai Keong, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Goh Guan Cheong, 63, dengan melakukan perbuatan gopoh dan cuai di…










