SRINAGAR 18 Feb.- Sekurang-kurangnya tujuh tentera India terkorban dalam pertempuran menentang kumpulan pemberontak di Kashmir.
Dalam pada itu, seorang tentera dan seorang penduduk di kawasan berdekatan mengalami cedera parah dalam insiden tembak menembak itu.
Penguatkuasa tempatan dalam kenyataan memberitahu, tentera-tentera berkenaan melepaskan tembakan amaran sebelum tercetus insiden berbalas tembakan di sebuah daerah yang terletak 40 kilometer dari bandar Srinagar.-AFP










