PUTRAJAYA 7 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah catatan palsu di sosial media sejak kebelakangan ini terutama melibatkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memberitahu, ini termasuk catatan terbaharu oleh akaun Facebook bernama ‘Menteri FB’ yang menyiarkan gambar Timbalan Perdana Menteri bersama Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang. “Pejabat Timbalan Perdana Menteri…










