KUALA LUMPUR 27 Feb. – Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini daripada pertuduhan menyiarkan artikel mengandungi tohmahan ke atas Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) di akaun Facebook miliknya, tiga tahun lalu.
Majistret Umzarul An-Nur Umar memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Zulkefli memaklumkan Jabatan Peguam Negara menerima representasi yang dihantar Rafizi, 42, pada 24 Januari lalu.
“Pihak pendakwaan mendapat arahan untuk tidak meneruskan kes terhadap tertuduh. Mohon tertuduh dilepas dan dibebaskan, katanya.
Hari ini ditetapkan untuk perbicaraan hari pertama peringkat bela diri terhadap Naib Presiden PKR itu yang diwakili peguam Md. Yunos Shariff dan Adi Zulkarnain Zulkafli.
Pada 25 September tahun lalu, Rafizi diperintah membela diri atas pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan berjaya buktikan kes prima facie. – UTUSAN ONLINE.











