TMJ tempelak tindakan berpolitik dalam masjid - Utusan Malaysia

TMJ tempelak tindakan berpolitik dalam masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 15 Feb. – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak tindakan seorang ahli politik yang dipercayai memberi ceramah politik dalam masjid di Kolam Air di sini semalam.

Tunku Ismail akan menyiasat perkara tersebut dan akan ambil tindakan sewajarnya berkenaan video Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub yang dikongsi pengguna twitter kepadanya.

“Di negeri Johor, tidak pernah berlaku di mana orang memberikan ceramah politik dalam masjid. Hormat tradisi Johor.

“Saya menggesa Majlis Agama Islam memantau dan mengambil tindakan kepada sesiapa yang menggunakan masjid yang merupakan tempat beribadah demi kepentingan politik,” katanya menerusi akaun rasmi Twitternya hari ini.

Tunku Ismail berkata demikian merujuk mengenai video berdurasi 45 saaat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Captain Tsubasa@AP4178 malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN