Tipu ijazah: Saya pun malu jika benar - Mohamad - Utusan Malaysia

Tipu ijazah: Saya pun malu jika benar – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 7 Feb. – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata adalah memalukan jika benar Timbalan Menteri Luar, Senator Marzuki Yahya menipu dalam isu kelayakan akademiknya.

Beliau seterusnya berkata, kini terpulang kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kerajaan untuk bertindak dalam isu tersebut kerana Marzuki terbabit sebagai salah seorang anggota Kabinet.

“Saya pun turut malu kalau benar,” katanya ketika diminta mengulas isu tersebut dalam sidang akhbar selepas program Bicara Minda di Kompleks Karangkraf di sini hari ini.

Isu penipuan akademik Setiausaha Agung Bersatu itu timbul apabila seorang warganet dikenali Zulfahan Pagon menerusi Facebooknya mendakwa program pengajian jarak jauh (PJJ) Pentadbiran Perniagaan, di Universiti Cambridge, untuk ijazah sarjana muda, yang diikuti Marzuki sebenarnya tidak wujud.

Susulan itu, beberapa pihak menggesa polis menyiasat  Marzuki atas dakwaan memalsukan kelayakan akademik

Marzuki bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan memberitahu sedia mengemukakan bukti bagi mengesahkan beliau graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari universiti terkemuka berkenaan.

Namun, semalam beliau mendakwa ijazah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan beliau adalah dari Cambridge International University yang berpusat di Amerika Syarikat dan bukan University of Cambridge di United Kingdom. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN