TikTok didenda AS$5.7 juta - Utusan Malaysia

TikTok didenda AS$5.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 27 Feb.- Rangkaian perkongsian video milik China, TikTok, bersetuju untuk membayar AS$5.7 juta (RM23.2 juta) kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) sebagai denda atas kesalahan mengumpul maklumat peribadi kanak-kanak secara haram.

Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) AS memberitahu jumlah penalti yang dikenakan terhadap rangkaian sosial yang turut dikenali sebagai Musical.ly itu merupakan yang terbesar bagi siasatan privasi.

Pengerusi FTC, Joe Simons berkata, Pengguna yang kebanyakannya dalam kalangan golongan muda menggunakan aplikasi tersebut tanpa kebenaran ibu bapa. Tindakan itu melanggar Akta Perlindungan Privasi Kanak-Kanak Dalam Talian (COPPA).

“Pengendali Musical.ly sedia maklum ramai kanak-kanak menggunakan aplikasi tersebut namun mereka masih gagal mendapatkan kebenaran ibu bapa sebelum mengumpul maklumat seperti, alamat emel dan beberapa maklumat peribadi lain daripada pengguna berumur bawah 13 tahun.

“Tindakan ini diharapkan dapat menjadi teladan buat semua perkhidmatan dalam talian dan laman web.

“Kami melaksanakan COPPA dengan penuh serius dan tidak akan bertoleransi dengan mana-mana syarikat yang melanggar undang-undang tersebut,” katanya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN