WASHINGTON 27 Feb.- Rangkaian perkongsian video milik China, TikTok, bersetuju untuk membayar AS$5.7 juta (RM23.2 juta) kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) sebagai denda atas kesalahan mengumpul maklumat peribadi kanak-kanak secara haram. Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) AS memberitahu jumlah penalti yang dikenakan terhadap rangkaian sosial yang turut dikenali sebagai Musical.ly itu merupakan yang terbesar bagi siasatan privasi. Pengerusi FTC, Joe Simons berkata, Pengguna yang kebanyakannya dalam kalangan golongan muda menggunakan aplikasi tersebut tanpa kebenaran ibu bapa. Tindakan itu melanggar Akta Perlindungan Privasi Kanak-Kanak Dalam Talian (COPPA). “Pengendali Musical.ly sedia maklum ramai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya