Tiga tonggak Pahang ‘direhatkan’ - Utusan Malaysia

Tiga tonggak Pahang ‘direhatkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 28 Feb. – Pemburuan skuad Dollah Salleh untuk mengutip mata penuh menjadi sukar apabila tiga tonggak Pahang tidak dapat diturunkan dalam aksi menentang PKNP FC dalam saingan Liga Super di Stadium Seri Manjung, Perak Sabtu ini.

Dua daripada tiga tonggak tersebut adalah dari pertahanan iaitu Muhammad Safuwan Baharuddin dan Muslim Ahmad, diikuti pemain tengah Herold Goulun.

“Safuwan Baharuddin digantung satu perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Muslim Ahmad pula kemungkinan besar terpaksa direhatkan setelah mengalami masalah kekejangan otot,

“Kita juga akan kehilangan Herold yang turut mengutip dua kad kuning sebelum dilayangkan kad merah ketika menentang Selangor, Sabtu lalu,” kata pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Pahang kini menghuni tangga ketiga liga dengan beza dua mata di belakang pendahulu Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT), yang masing-masing berkongsi 10 mata selepas empat empat perlawanan.- UTUSAN MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN