Tiga pihak disenarai hitam - Utusan Malaysia

Tiga pihak disenarai hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 13 feb. – Jawatankuasa Khas Siasatan Projek Jalan Berkembar Bukit Kukus merumuskan bahawa empat pihak didapati bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian tanah runtuh di tapak projek berkenaan yang mengorbankan sembilan mangsa pada 19 Oktober tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Bukit Kukus, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, keempat-empat pihak berkenaan ialah Yuta Maju Sdn. Bhd. (kontraktor); Jurutera Perunding GEA (M). Sdn. Bhd. (konsultan); G&P Profesional Sdn. Bhd. (penyemak bebas) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

“Pihak MBPP telah mengambil tindakan dengan menyenaraihitamkan Yuta Maju Sdn. Bhd.; Jurutera Perunding GEA (M). Sdn. Bhd.; G&P Profesional Sdn. Bhd. daripada menyertai mana-mana tender.

“Walau bagaimanapun mereka diarahkan supaya menyiapkan sepenuhnya projek yang masih berbaki 25 peratus dan projek ini dijangka disiapkan pada Mei 2020,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kejadian 19 Oktober tahun lalu, sembilan mangsa ditemukan maut akibat tertimbus manakala tiga lagi cedera di tapak projek jalan berkembar Bukit Kukus.

Projek bernilai RM545 juta itu membabitkan empat bahagian, termasuk bahagian pertama iaitu pelebaran Lebuh Raya Thean Teik yang sudah siap sepenuhnya pada awal tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN