Tiga maut kemalangan dua kereta  - Utusan Malaysia

Tiga maut kemalangan dua kereta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT 13 Feb. – Tiga maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Batu 10, Segari dekat sini semalam.

Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona dan Proton Iswara.

Mangsa yang maut ialah pemandu kereta Proton Persona,  Sharifuden  Shahidan, 34, dan seorang penumpang, Nadya Othman, 36.

Turut terkorban ialah pemandu kereta Proton Iswara, Henson Anak Elizabeth Saimah, 31, manakala seorang penumpang kereta tersebut patah kaki kanan dan luka pada bahagian kepala.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 11.32 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba Pantai Remis telah ke tempat kejadian untuk membantu mangsa kemalangan.

“Terdapat empat mangsa yang terlibat iaitu dua lelaki dan seorang wanita yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak hospital.

“Manakala seorang lagi cedera parah iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an,” katanya.

Menurutnya, anggota bomba membantu mengangkat mangsa dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada pukul 1.15 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN