Tiga maut dihempap bumbung kilang - Utusan Malaysia

Tiga maut dihempap bumbung kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Tiga pekerja pembinaan maut manakala tiga lagi dilaporkan parah selepas struktur sebuah bangunan kilang dalam pembinaan di Kawasan Perusahaan Perai, Perai di sini runtuh semalam.

Mangsa yang mati dalam kejadian pukul 4.40 petang itu ialah warga tempatan dikenali sebagai P. Kumar, 46, seorang warga Myanmar dan seorang warga Indonesia yang belum dikenalpasti identiti mereka.

Dua daripada mereka disahkan mati di tempat kejadian manakala warga Indonesia meninggal dunia di hospital.

Tiga mangsa yang parah dipercayai warga Bangladesh namun setakat pukul 8 malam tadi identiti ketiga-tiganya masih belum dikenalpasti.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila tiang dan kerangka bumbung itu runtuh selepas salah satu tiang dilanggar sebuah kren.

“Ketika kejadian ke­semua mangsa berusia 30 hingga 46 tahun sedang bersiap untuk pulang dari kerja,” katanya.

Mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMOhari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN