JUBA, Sudan Selatan 10 Feb. – Helikopter tentera Ethiopia yang terhempas mengakibatkan tiga maut dan 10 penumpang cedera di dalam perkarangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di wilayah pertikaian Abyei semalam.
PBB dalam kenyataan hari ini berkata, helikopter tersebut membawa 23 penumpang terhempas di perkarangan Angkatan Keselamatan Interim PBB bagi Abyei (UNISFA) mengorbankan tiga kru.
“10 penumpang cedera yang mana tiga mengalami kecederaan parah,” jelas kenyataan itu.
Helikopter jenis Mi-8 itu membawa askar Ethiopia dari Kadugli di Sudan ke Abyei yang menjadi pertikaiaan sejak Sudan Selatan mendapatkan kemerdekaan pada 2011. – AFP










