Tidak perasan Adib dalam van ketika mahu selamatkan diri-Saksi - Utusan Malaysia

Tidak perasan Adib dalam van ketika mahu selamatkan diri-Saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 14 Feb. – Saksi keenam inkues yang merupakan anggota pemadaman menjelaskan dia tidak perasan sama ada Muhammad Adib Mohd. Kassim berada di dalam van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika menyelamatkan diri dengan bersembunyi di kenderaan tersebut dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.

Mohd. Hazim Mohd. Rahimi, 32, berkata, ketika turun daripada jentera Fire Rescue Tender (FRT)
untuk memadamkan kebakaran kereta, secara tiba-tiba dia melihat sekumpulan lelaki menyerang kenderaan tersebut sambil membawa batang besi dan objek seakan-akan pedang samurai.

Pada masa sama katanya, salah seorang individu daripada kumpulan tersebut berlari ke arahnya dan seperti mahu menyerangnya.

“Saya yang berasa terancam cuba menyelamatkan diri dan ketika itu hanya nampak van EMRS sahaja yang selamat. Saya terus membuka pintu tepi sisi bahagian kiri van dan terus menutup rapat.

“Ketika membuka pintu tersebut, saya memang tidak perasan pintu Muhammad Adib dibuka tetapi kalau dia (Adib) berada di luar mesti saya nampak kerana dapat mengecamnya melalui seluar celoreng,” katanya.

Mohd. Hazim berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan peguam keluarga, Mohd. Kamaruzaman A Wahab di Mahkamah Koroner di hadapan Koroner Rofiah Mohamad di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN