KUALA LUMPUR 6 Feb. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan khabar angin tentang rombakan Kabinet yang dikatakan selepas sambutan Tahun Baharu Cina. “Tiada rombakan, tiada perubahan. Saya kekal pada yang sama (menteri Kabinet),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di sini hari ini. Dr. Mahathir diminta mengulas komen…










