Tiada lesen memandu kesalahan paling tinggi - Utusan Malaysia

Tiada lesen memandu kesalahan paling tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Tiada lesen memandu merupakan kesalahan utama dilakukan pengguna jalan raya dalam Ops Selamat 14 di Kilometer 13 Jalan Klang-Banting, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, lebih membimbangkan kebanyakkan pesalah merupakan pelajar sekolah berumur antara 14 hingga 16 tahun yang dikesan dalam operasi selama tiga jam bermula 8 malam.

Katanya, ibu bapa atau penjaga sepatutnya lebih peka dengan tidak membenarkan anak mereka memandu atau menunggang motosikal tanpa memiliki lesen yang sah.

“Berdasarkan Ops Selamat itu, antara kesalahan paling tinggi direkodkan adalah tidak mempunyai lesen memandu iaitu 31 kes diikuti tamat tempoh cukai jalan (18), nombor pendaftaran (17), topi keledar (14) dan melanggar lampu isyarat (7).

“Kesemua kesalahan itu hasil pemeriksaan terhadap 110 buah kenderaan sepanjang operasi berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×