SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berpandangan tiada keperluan untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan memeriksa sijil akademik anggota pentadbirannya. Beliau yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan malah yakin isu sijil akademik palsu tidak berlaku dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan. Menurut beliau, semua anggota pentadbiran kerajaan PH Negeri Sembilan saling mengenali dengan baik termasuk tentang kelulusan akademik masing-masing. “Ada yang tidak ada sijil beritahu dia…








