Tiada kenaikan tarif air di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Tiada kenaikan tarif air di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 13 Feb. – Tiada kenaikan kadar tarif air di negeri ini dalam tempoh dua tahun akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kepentingan rakyat dan negeri ini.

“Keputusan ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam rundingan yang diadakan.

“Kerajaan negeri telah beritahu bahawa kita tidak berminat untuk menaikkan tarif air seperti yang dicadangkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Pada 9 Januari lalu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar berkata, kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

Aminuddin memberitahu, semua pihak di negeri ini telah bersetuju bahawa kadar tarif air tidak perlu dinaikkan pada masa ini.

“SPAN boleh cadangkan (kenaikan itu) tetapi kita buat keputusan untuk tidak naikkan. Kerajaan negeri akan cuba pertahankan keputusan ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN