Tiada alasan diberi Putera Mahkota Arab Saudi tangguh lawatan - Utusan Malaysia

Tiada alasan diberi Putera Mahkota Arab Saudi tangguh lawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tiada alasan diberikan berhubung penangguhan lawatan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman ke Malaysia yang sepatutnya berlangsung Isnin ini.

Katanya, beliau dimaklumkan tentang penangguhan itu oleh Menteri Negara Bagi Hal Ehwal Luar Negeri Arab Saudi, Adel al-Jubeir.

“Beliau memaklumkan Putera Mahkota Arab Saudi dukacita kerana tidak dapat datang dan biasa dalam hubungan diplomatik kita tidak mempersoalkannya kerana saling memahami… sudah tentu ada sebab yang munasabah mengapa lawatan itu ditunda,” katanya, menambah tiada tarikh baharu ditetapkan untuk lawatan tersebut.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Lautan Kasih Hamparan Budi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Akar di sini, hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN