The Red Warriors buru bintang - Utusan Malaysia

The Red Warriors buru bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 10 Feb. – Pemain berstatus bintang menjadi buruan syarikat Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn. Bhd dalam usaha memperkemaskan lagi The Red Warriors (TRW) musim 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif KRW Sdn. Bhd., Fazli Mohammad mendedahkan buat masa ini pihaknya sudah mengenalpasti tiga calon pemain bintang yang dijangka mampu memperkasakan TRW.

Menurutnya, bagaimanapun posisi ketiga-tiga bintang itu terpaksa dirahsiakan buat sementara waktu.

“Setakat ini kita dalam peringkat perundingan untuk membawa masuk pemain berkenaan bagi memperkasakan lagi TRW.

“Kesemua pemain ini kita akan bawa masuk sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain di tutup pada 20 Febuari ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Difahamkan, salah seorang pemain bintang yang dikaitkan untuk menyertai TRW ialah penyerang Perlis, Safee Sali.

Kehadiran bekas tonggak kebangsaan itu makin bertiup kencang selepas tular gambar perbincangan antara dia dan Fazli di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Fazli memberitahu, kemasukkan pemain bintang itu dijangka akan memberikan lebih ‘percikkan’ dalam menarik semula ‘pemain ke-12’ ke stadium.

Katanya, bagi merealisasikan impian itu, KRW Sdn. Bhd telah menyusun semula ‘kantung’ kewangan TRW.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN